KESEJAHTERAAN EMOSI GOLONGAN IBU TUNGGAL: CABARAN HIDUP SEBAGAI IBU TUNGGAL release_w3fjiy7tcjaalocdhy7hnkmfzu

by Noor Hassline Mohamed

Published by figshare.

2020  

Abstract

Isu kesejahteraan psikologi dalam kalangan ibu tunggal seharusnya tidak dipandang mudah. Ini kerana ibu tunggal turut menyumbang kepada peningkatan jumlah golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan serta sokongan untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal secara tidak langsung telah menjejaskan kesejahteraan hidup mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka cabaran sebenar yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal terpilih di Selangor. Pendekatan kualitatif ini mengaplikasikan perbincangan kumpulan berfokus (focused group discussion) sebagai kaedah pengumpulan data bagi kajian ini. Pemilihan responden adalah berdasarkan pensampelan bertujuan yang dipilih menggunakan kriteria inklusif dan eksklusif. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan analisis bertema. Hasil kajian mendapati berikut adalah antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal (a) ketidakstabilan ekonomi, (b) urusan mahkamah, (c) nafkah anak, (d) hubungan antara bekas suami dan anak-anak, (e) masalah kesihatan, (f) cabaran membesarkan anak-anak, dan (g) stigma masyarakat. Hasil kajian turut mendapati cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal ini telah menggugat kesejahteraan hidup mereka. Oleh itu, intervensi sewajarnya perlu bagi membantu golongan ibu tunggal mencapai kefungsian sosial seterusnya meningkatkan kesejahteraan fizikal dan psikososial mereka.
In text/plain format

Archived Files and Locations

application/pdf  330.8 kB
file_35fg3zgvnfgdjpeuan57jh4iaa
s3-eu-west-1.amazonaws.com (publisher)
web.archive.org (webarchive)
Read Archived PDF
Preserved and Accessible
Type  article-journal
Stage   published
Date   2020-04-17
Work Entity
access all versions, variants, and formats of this works (eg, pre-prints)
Catalog Record
Revision: bab829d1-bf8e-4fd8-bc7f-52339a8e2382
API URL: JSON